Tutup

Tabung Dana UMNO hanya wayang politik - Mukhriz

Usaha parti UMNO melancarkan Tabung Dana UMNO sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 hanyalah satu wayang politik. Itu tegas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang melihat tindakan tersebut sebagai tidak relevan selain hanya mahu meraih simpati rakyat.