Tabung Haji buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi dan CEO

Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis membabitkan bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah. Beberapa pengurusan kanan lain turut dinamakan seperti Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat Dan Harta Tanah).