Tabung Haji catat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama

Lembaga Tabung Haji, TH hari ini mengumumkan telah mencatatkan prestasi kewangan yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019. TH dalam satu kenyataan, berkata, kejayaan itu adalah kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember tahun lalu.