Tutup

Tahap keselamatan laluan motosikal

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon, mengakui ada laluan motosikal yang tidak diselenggara dengan baik. Justeru beliau berharap pemilik jalan raya untuk sentiasa peka dalam menyelenggara laluan motosikal yang pastinya memberi impak besar kepada penunggang motosikal jika berlakunya kemalangan.