Tajaan lawatan PDRM ke Turki dilulus pada 2017 - Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan penajaan lawatan kerja Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama beberapa Pegawai Kanan Polis ke Turki diluluskan pada 2017. Menurutnya, kos penajaan berjumlah RM184,685 itu diluluskan Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia tanpa merujuk kepada Kementerian Kewangan.