Tutup

Tak perlu risau, titik persamaan menyatukan kami

Titik persamaan yang wujud antara Pas dan Umno menjadikan gandingan kedua-dua parti itu sebagai penyatuan yang relevan kepada seluruh rakyat Malaysia. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata selain menjadi parti terawal dalam perjuangan kemerdekaan, Pas dan Umno juga berjaya meletakkan asas yang penting dalam Perlembagaan Malaysia.