Tutup

Tak sempat tunjuk kereta baharu dibeli kepada keluarga

Malang tidak berbau. Hajat hati seorang pemuda untuk menunjukkan kereta terpakai yang baharu dibelinya kepada keluarga tidak kesampaian selepas kereta itu rentung terbakar selepas terbabas. Kejadian berlaku di kilometer 59 jalan Kuala Terengganu - Kuantan, berhampiran Hutan Lipur Rantau Abang, Dungun.