Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup. Bagi penduduk di perjiranan 9 Taman Air Biru Pasir Gudang, mereka memanfaat kawasan tanah lapang dengan menanam cili. Proses penanamannya pula dilakukan secara bersama dan hasilnya dipulangkan kembali kepada mereka.