Tambak laut: Kerajaan negeri diharap beri maklum balas

Komuniti nelayan di Pulau Pinang khususnya yang terlibat dalam projek tambak laut di perairan selatan negeri itu berharap dapat bertemu dengan kerajaan negeri bagi membincangkan nasib mereka. Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad mendakwa kelompok nelayan itu tidak pernah dipanggil dalam sebarang perbincangan mengenai projek berkenaan sama ada bersama barisan kerajaan negeri mahpun konsultan projek.