Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didakwa esok

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Isa yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation Sendirian Berhad itu di percayai akan didakwa bersabit pembelian hotel oleh FIC.