Tutup

Tanah Kampung Baru akan dijual kepada agensi kerajaan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur akan dijual kepada agensi kerajaan untuk dibangunkan, bukan pihak lain. Beliau berkata agensi kerajaan itu pula akan membantu para pemilik tanah berkenaan membangunkan Kampung Baru tanpa mengabaikan ciri-ciri asal lokasi berkenaan.