Tanaman secara giliran beri hasil lebih baik

Projek rintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, Kemaman dilaksanakan mengikut kaedah giliran dengan tanaman jagung dan padi diselang-selikan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kaedah giliran itu menjadikan tanaman lebih subur dan memberi pulangan hasil yang lebih baik.