Tutup

Tangani jenayah seksual: Hampir 3 juta tontonan video pendidikan seks

Usaha kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia menunjukkan trend positif apabila jumlah tontonan video pendidikan seks kanak-kanak di medium digital Youtube mencecah 2.79 juta tontonan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata sejak dilancarkan hingga 4 Oktober lalu, kini mendapat lebih 67,000 tanda suka dan perkongsian.