Tutup

Tarif air: Perlis sedia berbincang dengan kerajaan pusat

Kerajaan Perlis sedia berbincang dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengenai cadangan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula tarif air secara berperingkat di seluruh negara. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata sebarang kenaikan tarif harus diteliti dengan mendalam kerana ia pasti membebankan rakyat.