Video  |  Malaysia

Tarik balik atau saman

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan 'tidak senonoh' yang disebutkan beliau di luar Dewan Rakyat pada Isnin. Tajuddin menegaskan, peguamnya akan mengemukakan surat tuntutan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan tersebut pada Rabu.