Tutup

Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun

Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 6 peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata setiap pemaju perumahan perlu berbuat demikian memandangkan langkah pengecualian SST berkenaan adalah lebih baik berbanding pelaksanaan GST sebelum ini.