Tarik balik saman atas nasihat peguam

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan keputusan menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dibuat atas nasihat peguam. Ia berdasarkan beberapa pertimbangan yang difikirkan wajar untuk berbuat demikian.