Tutup

Taufan Mangkhut: Amaran angin kencang, laut bergelora

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di beberapa kawasan sekitar Sabah. Pengarah Bahagian Radar dan Satelit Meteorologi, MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata walaupun Malaysia tidak terkesan secara langsung dengan taufan Mangkhut, namun amaran tetap dikeluarkan.