Tutup

Taufan Melor dijangka landa Sabah hingga Ahad

Ribut taufan Melor atau dikenali juga sebagai taufan Nona yang melanda Filipina sejak Isnin, akan turut membawa angin kencang dan hujan lebat ke sabah khusus di kawasan Pantai Barat, Kudat, Pedalaman dan Labuan. Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini yang sekali gus boleh menyebabkan banjir kilat.