Tutup

Video  | 

Tekun timbang guna khidmat Agensi pengutip hutang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemungkinan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mengutip balik pinjaman yang belum dijelaskan oleh peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN). Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaedah itu adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah hutang tidak berbayar berjumlah lebih RM500 juta atau 22 peratus jumlah pinjaman yang dikeluarkan.