Tutup

Telatah comel Sultan Abdullah, Tuanku Azizah ceriakan sambutan Hari Kebangsaan 2019

Telatah comel dan bersahaja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,ketika berangkat menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya sentiasa dikagumi rakyat. Berbusana baju kurung merah jambu, keayuan wajah Tunku Azizah mengiringi hayunan langkahnya melambai ke arah rakyat jelata yang hadir, pada detik bersejarah pagi ini.