Tutup

Teliti tindakan usir, senarai hitam pelancong

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyokong penuh tindakan tegas yang akan diambil Jabatan Imigresen terhadap pelancong asing yang melakukan kesalahan undang-undang dan menyalah gunakan pas lawatan sosial. Namun, Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata kes membabitkan pelancong asing yang melakukan kesalahan perlu diteliti sebelum sebarang tindakan diambil.