Tembakan rambang Christchurch: Ibu syukur Rahimi terselamat

Ibu Rahimi Ahmad bersyukur anaknya terselamat dalam insiden tembakan rambang di New Zealand. Rokiah Mohamad, 65 tahun berkata, maklumat yang diperoleh setakat ini adalah anaknya itu sedang menjalani pembedahan buang peluru.