Tempoh 3 bulan diberi kepada pemandu e-hailing tidak cukup syarat

Kerajaan bersetuju memberi tempoh tiga bulan kepada pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat untuk meneruskan operasi. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, tempoh berkenaan adalah penguatkuasaan secara "soft-landing".