Tutup

Tempoh tiga hari siasat kebenaran sami hina Islam

Kerajaan Negeri Johor mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor supaya menghantar laporan lengkap, dalam tempoh tiga hari, berhubung dakwaan seorang sami dari Myanmar mengadakan ceramah di Johor Bahru, Ahad lalu. Siasatan terperinci itu dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan polis, berikutan dakwaan sami terbabit turut menghina Islam.