Tendang, tumbuk anak dan isteri, penganggur dipenjara

Padah tendang dan tumbuk isteri serta anak kandung. Sebabnya remeh, berang kerana anak tidak kongsi, sebaliknya habiskan sebiji burger untuk diri sendiri. Akibat perbuatan jenayah itu, seorang penganggur dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.