Tengku Mahkota Kelantan tamatkan zaman bujang 19 April depan

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 45 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan dari Sweden Cik Sofie Louise Johansson, 33 tahun. Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal majlis perkahwian diraja bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April depan.