Tutup

Terengganu sedia bantu 'mak nyah'

Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan bekerjasama dalam usaha membanteras aktiviti maksiat serta memulihkan golongan 'mak nyah' atau pondan di negeri itu. Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib, berkata pihaknya akan mengenal pasti bilangan sebenar maknyah di Terengganu dan punca pembabitan mereka dalam kegiatan sumbang termasuk aktiviti pelacuran.