Terengganu siasat pemilik rumah mampu milik

Pemilik Rumah Mampu Milik yang dikesan menyalahgunakan pemberian itu bakal dikenakan tindakan termasuk notis menarik balik atau menamatkan sewaan kediaman itu. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia berikutan terdapat aduan segelintir pemilik RMM tidak menghuni kediaman itu sebaliknya menyewakannya kepada orang lain.