Tutup

Tergesa-gesa mahu laksana CEFR, perlu pakai buku import?

Tindakan menyelaraskan pendidikan Bahasa Inggeris tempatan dengan piawaian the Common European Framework Of Reference For Languages (CEFR) secara tergesa-gesa menyebabkan pelajar sekolah kini terpaksa menggunakan buku teks import. Menurut Presiden Persatuan Guru Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA), Prof Dr Ganakumaran, keadaan ini seolah-olah cuba menyusun sukatan pelajaran sedia ada untuk dipadankan dengan buku teks dari luar.