Terjemahkan kerjasama UMNO - PAS

Kerjasama UMNO-PAS akan diterjemahkan dalam isu-isu yang membabitkan orang Melayu dan Islam, demikian menurut Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Berucap di pentas Himpunan Aman 812 di Dataran Merdeka, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kerjasama kedua-kedua buah parti politik itu bukan hanya sebagai gagasan pembangkang, tetapi membabitkan isu-isu lain.