Tutup

Terma buruh kanak-kanak perlu dilihat dalam konteks sosial

Penggunaan terma buruh kanak-kanak di Malaysia perlu diperhalusi agar tanggapan negara luar terhadap industri sawit negara menggunakan kanak-kanak untuk bekerja dapat ditangkis. Menurut Felo, Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Andika Ab. Wahab Felo, ketika ini Malaysia berdepan kritikan daripada Kesatuan Eropah mengenai penggunaan buruh kanak-kanak.