Tutup

Ternakan ayam punca masalah lalat

Lambakan ternakan ayam secara kecil-kecilan dipercayai antara punca masalah lalat di Segari, Perak tidak dapat ditangani dengan berkesan sejak lebih 20 tahun lalu. Berdasarkan kajian yang dibuat Jabatan Veterinar Negeri, terdapat kira-kira 700 reban ayam yang diusahakan secara kecil-kecilan di daerah Manjung.