Terpulang kepada Azmin untuk bercuti atau teruskan tugas

Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat pertimbangan sama ada bercuti atau meneruskan tugas seperti biasa. Menurut Perdana Menteri, dalam masa sama Mohamed Azmin perlu menyedari fakta bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah selagi belum dibuktikan.