Tutup

Terpulang kepada keluarga Nora Anne untuk bedah siasat kedua

Kemungkinan ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mahu bedah siasat kedua dilakukan terhadap mayat anak mereka, sama sekali tidak menggugat keyakinan terhadap ahli patologi di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya, termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara, sebagaimana yang dilaporkan.