Tutup

Tertekan hutang ah long, cuba bunuh diri terjun laut

Tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan turut berhutang dengan sindiket pinjaman wang atau ah long seorang lelaki bertindak terjun ke dalam laut berhampiran Queensbay Mall, Pulau Pinang, pada Ahad. Dalam kejadian pukul 7.55 pagi itu, tukang perabot berusia 25 tahun itu diselamatkan oleh pasukan polis marin yang menjumpai mangsa terapung kira-kira 150 meter dari Jambatan Pulau Pinang.