Tutup

Terus perangi rasuah kerana ia membebankan rakyat

Pelbagai isu yang dekat dengan hati rakyat disentuh Yang di Pertuan Agong dalam titah diraja sempena Perasmian Sidang Parlimen bagi penggal kedua Parlimen ke-14. Antaranya, Al-Sultan Abdullah Riaya-Tuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bertitah, rakyat perlu terus yakin dengan pelbagai langkah yang diambil kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup. Turut dititah baginda, ialah mengenai pentingnya menjaga perpaduan dan usaha perangi rasuah.