Tutup

Tesco mohon pelanggan berwaspada mesej palsu

Syarikat rangkaian pasar raya besar Tesco Malaysia sekali lagi menafikan penyebaran promosi atau kupon palsu melalui sms dan aplikasi Whatsapp yang berleluasa ketika ini adalah dari pihak mereka. Jurucakap Tesco ketika dihubungi berkata, mereka sedia maklum mengenai perkara tersebut dan buat masa ini menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis.