Tutup

TH buka 8 kaunter kewangan di Madinah

Tabung Haji (TH) membuka lapan kaunter kewangan di Madinah bagi memudahkan jemaah haji Malaysia membuat pengeluaran wang serta membayar dam dan korban untuk musim haji 1438 Hijrah. Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji 1438h, Anisuati Yahya berkata kesemua kaunter berkenaan dibuka bermula Sabtu lepas.