TH dijangka kekal kos tunai haji tahun hadapan

Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengekalkan kos menunaikan ibadah haji pada tahun depan untuk setiap jemaah. Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, berkata subsidi itu kekal meskipun TH bakal berdepan peningkatan kos haji antara 10 hingga 20 peratus.