Tiada isu membina rumah ibadat jika terima dokumen lengkap

Tiada halangan untuk membina atau menambah bangunan rumah ibadat sekiranya pihak kerajaan negeri menerima dokumen lengkap. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permohonan itu sekiranya ia mengikuti syarat dan berlandaskan undang-undang.