Tiada isu Tun Mahathir bantu kempen - Muhyiddin

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands sepatutnya tidak dijadikan isu. Presiden Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun ia bukan amalan biasa dilakukan kerajaan Barisan Nasional, namun kedatangan Dr Mahathir memberi peluang kepada penduduk tempatan bertemu Perdana Menteri.