Tiada kenaikan tol di 21 lebuh raya tahun depan

Kerajaan memutuskan untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara pada Januari ini. Keputusan diambil pada mesyuarat Kabinet mingguan 12 Disember lepas. Pembekuan itu dianggarkan melibatkan kos bayaran pampasan berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya berkenaan bagi tahun 2019.