Tiada kesesakan luar biasa jika pengangkutan awam ditambah

Kesesakan trafik yang luar biasa ketika musim perayaan dapat di atasi sekiranya sistem pengangkutan awam ditingkatkan mutu perkhidmatannya. Menurut Felo Penyelidik Institut Keselamatan Jalan Raya UPM, Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani, penggunaan kenderaan persendirian akan memilih pengangkutan awam seperti bas, keretapi ataupun pesawat sekiranya kekerapan perkhidmatan ditambah.