Tutup

Tiada keterangan jelas kaitkan 12 individu dengan kematian Adib

Tiada keterangan jelas untuk mengaitkan 12 individu yang pernah ditahan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariammam, tahun lalu. Polis bagaimanapun tidak pernah menghentikan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana Membunuh.