Tiada konsensus bubar BN

Tiada keperluan untuk membubarkan Barisan Nasional (BN) dengan MCA serta MIC kekal sebagai parti komponen di dalam gabungan itu. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada sebarang konsensus dibuat walaupun usul pembubaran dibuat Presiden MCA Wee Ka Siong semasa mesyuarat dewan tertinggi BN.