Tutup

Tiada lagi kediaman boleh dibina di tepi sungai

Tiada lagi kediaman atau premis dibenarkan dibina di tepi sungai untuk mengelak pencemaran selain tragedi binaan dihanyutkan air deras selepas hujan. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan juga sudah menetapkan panduan jarak 50 meter sebagai rezab sungai sebelum sesuatu pembangunan dibuat di kawasan berkenaan.