Tiada lagi pakai baju lokap oren, gari hanya jika perlu - SPRM

Amalan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek untuk dibawa ke mahkamah dihentikan. Jelas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya ia adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.