'Tiada masalah jika Hajiji Noor Pengerusi Bersatu Sabah'

Mengulas mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor yang dijangka dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Sabah, Lajim berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menzahirkan sokongan demi kelangsungan parti. Katanya, meskipun bekas pemimpin UMNO itu mempunyai rekod 'perselisihan politik' sebelum ini, ia hanya adat resam politik sahaja dan tidak membangkitkan masalah.