Tutup

Tiada negara akan untung dari perang dagang

Tiada negara yang akan menerima keuntungan dalam 'tempoh jangka masa panjang' daripada perang dagang, itu tegas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde. Dalam satu sidang media khas sempena lawatan kerja beliau ke Bank Negara hari ini, lagarde berkata, kesan perang dagang memang mampu memberi kesan positif serta peluang kepada beberapa negara, tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek.